• Terima kasih kerana mengunjungi photoblog PJ ini. Photoblog ini merupakan hak milik PISMP PJ IPGM Kampus Kota Bharu di mana photoblog ini akan berfungsi sebagai platform untuk guru pelatih melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti yang dijalankan oleh PISMP PJ dan juga Jabatan PJK. Jika ada sebarang komen atau pendapat bolehlah disumbangkan di ruang yang telah disedia.
  • JADUAL GRAND FINALE KARNIVAL SUKAN 09

    Badminton 9.8.09 - 11.8.09 (final - 11.8.09)
  • Bola Tampar 10.8.09 ( Semi Final & Final )
  • Futsal 11.8.09 ( Semi Final & Final )
  • *sebarang perubahan akan dipinda berdasarkan keadaan.
  • Aktiviti Akan Datang.

    PISMP PJ SEM 4 - Bandung 2010
  • PPISMP PJ SEM3 - China 2010

Jamuan Raya Major PJ IPGM Kota Bharu









Ini antara gambar-gambar sekitar majlis jamuan raya yang diadakan di persekitaran parking kereta di depan dewan wawasan. Program ini merupakan acara tahunan bagi Major PJ IPGM KKB di mana akan mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih dan pensyarah dalam membentuk satu ukhwah yang kuat. Sekian terima kasih.

Karnival Sukan Kembali

Karnival Sukan 09 telah kembali dengan aksi yang mencabarkan bagi acara bola sepak di mana acara ini dipertandingan secara peringkat kumpulan sebelum ke separuh akhir dan Grand finale. Sejumlah 12 pasukan telah berdaftar dan perlawanan peringkat kumpulan telah pon berlangsung dan selesai di jalankan. Diharap semua pasukan yang tidak bernasib baik dapat memberikan lagi komitmen yang tinggi pada masa akan datang dan kepada yang berjaya mara ke peringkat seterusnya, selamat berjaya.




Merdeka 52

Salam kemerdekaan kepada semua warga IPGM Kampus Kota Bharu. Diharap dengan kemerdekaan ini akan terus mematangkan kita di dalam semua bidang terutamanya bidang pendidikan agar ia terus maju dan dihormati. Salam Merdeka untuk semua. 1Malaysia..

Grand Finale Bola Tampar

Grand Finale bola tampar bagi karnival sukan 09 telah selesai dijalankan di mana grand finale ini merupakan grand finale paling mendebarkan kerana persaingan sengit antara pasukan yang bertanding bagi merebut kejuaraan sehingga menyebabkan pertandingan lewat ditamatkan iaitu beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang. Terima kasih kepada pemain semua pasukan kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dan semangat yang jitu dalam menempuh pertandingan ini. Seperti biasa terima kasih juga kepada penyokong yang hadir kerana telah meriuhkan lagi suasana pertandingan. Untuk pengumuman juga, karnival sukan hanya tinggal 2 acara lagi iaitu sepak takraw dan bola sepak 9 sebelah yang akan dilangsungkan selepas hari raya. Keputusan bagi grand finale bola tampar adalah seperti di bawah dan gambar-gambar sekitar pertandingan grand finale : –

LELAKI
no1 = The Neo
no2 = MyWay
no3 = PISMP SEM 2
no4 = PISMP PK SEM 4

WANITA
no1 = Vouge
no2 = Suku Sembu
no3 = PISMP PJ SEM 2
no4 = Ebit & The Gang













Grand Finale Futsal

Acara futsal turut melabuhkan tirai dalam karnival sukan 09 ini dengan pelbagai aksi menarik sama ada suka ataupon duka yang telah ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Semangat yang ditunjukkan oleh peserta adalah sangat membanggakan dan ditambah lagi dengan sokongan daripada penyokong yang tidak lekang untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Jutaan terima kasih kepada pemain dan penyokong yang telah melancarkan dan memeriahkan lagi karnival sukan kali anjuran Major PJ sem4 kerana tanpa ada apalah karnival sukan ini. Disini disediakan keputusan penuh bagi Grand Finale futsal serta gambar-gambar sepanjang grand finale berlangsung.

LELAKI
no1 = Korpus FC
no2 = PISMP SEM 6
no3 = PPISMP BM3 SEM 3
no4 = PPISMP BM/PJ/PSV SEM 3

WANITA
no1 = PPISMP BM3 SEM 3
no2 = PISMP PJ SEM 2
no3 = PISMP BM2 SEM 2
no4 = PISMP BM1 SEM 2












Grand Finale Badminton

Grand Finale badminton bagi karnival telah melabuhkan tirainya dengan sempurna di mana semua acara telah selesai ditamatkan dengan pertandingan yang sungguh sengit telah berlangsung di malam final. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan lagi pertandingan badminton ini. Tidak dilupakan kepada penonton-penonton yang hadir memeriahkan pertandingan ini. Tanpa anda siapalah kami. Keputusan bagi semua acara adalah seperti berikut dan gambar-gambar sekitar Grand Finale.

BEREGU WANITA
no1 = Marjon 2 (21-14, 21-19 )
no2 = BM 1 Sem 2 (14-21, 19-21 )
no3 = PK Sem 3 ( 21-18, 21-13 )
no4 = Suhana Sains ( 18-21, 13-21 )

BEREGU LELAKI
no1 = PISMP SEM 3 ( 14-10 – tarik diri )
no2 = PPR ( 10-14 – tarik diri )
no3 = Royal Terup ( 22-20, 17-21, 21-12 )
no4 = W@Ns ( 20-22, 21-17, 12-21 )

PERSEORANGAN LELAKI
no1 = Encik Azizi ( 21-16, 21- 9 )
no2 = Encik Khairul Azman ( 16-21, 9-21 )
no3 = Fitri PJ sem3 ( 21-15, 21-19 )
no4 = Sharimi PJ 2 sem4 ( 15-21, 19-21 )













Perasmian Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat

Majlis perasmian bulan gaya hidup sihat telah dijalankan pada 9hb ogos bertempat di Dewan Wawasan IPGM KKB di mana majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM KKB dengan jayanya. Kehadiran warga dewan yang ramai telah menghangatkan lagi majlis perasmian ini. Majlis bermula dengan perarakan masuk semua guru pelatih Major PJ secara slow jog dengan mengiringi Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan PJK dan pensyarah-pensyarah lain. Warga dewan disajikan dengan tayangan video yang telah disediakan guru pelatih Major PJ berkaitan bulan penghayatan gaya hidup sihat. Kemudian persembahan dari guru pelatih Major PJ yang meliputi aktiviti sepanjang bulan gaya hidup sihat ini seperti senamrobik, karnival sukan, karnival UKJK, dan pemeriksaan kesihatan. Gimik pelancaran blog ini telah dilaksanakan oleh Ketua Jabatan PJK. Antara gambar-gambar sepanjang majlis perasmian :-









| Tanpa Kebijaksanaan, Dunia Ketandusan Ilmuwan |