• Terima kasih kerana mengunjungi photoblog PJ ini. Photoblog ini merupakan hak milik PISMP PJ IPGM Kampus Kota Bharu di mana photoblog ini akan berfungsi sebagai platform untuk guru pelatih melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti yang dijalankan oleh PISMP PJ dan juga Jabatan PJK. Jika ada sebarang komen atau pendapat bolehlah disumbangkan di ruang yang telah disedia.
  • JADUAL GRAND FINALE KARNIVAL SUKAN 09

    Badminton 9.8.09 - 11.8.09 (final - 11.8.09)
  • Bola Tampar 10.8.09 ( Semi Final & Final )
  • Futsal 11.8.09 ( Semi Final & Final )
  • *sebarang perubahan akan dipinda berdasarkan keadaan.
  • Aktiviti Akan Datang.

    PISMP PJ SEM 4 - Bandung 2010
  • PPISMP PJ SEM3 - China 2010

Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat

Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan sepanjang bulan ogos 2009 di mana Jabatan PJK menjadi jabatan yang bertugas sepanjang bulan ogos ini. Jadi pihak Jabatan telah merancang pelbagai aktiviti yang seiring dengan tema bulan ogos ini iaitu Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat. Antara aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ogos ini ialah pemeriksaan kesihatan, karnival sukan, kempen kesihatan dan jugak senamrobik di mana tiap minggu aktiviti senamrobik akan dijalankan di Dataran hadapan HEP yang diketuai oleh instruktor luar yang berpengalaman. Pada 9hb ogos ini akan dijalankan pelancaran Bulan Penghayatan Gaya Hidup Sihat yang akan dikendalikan oleh guru pelatih Major PJ. Diharap semua akan dapat menghadirkan diri ke majlis pelancaran ini yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. Sekian terima kasih.

Wajah-Wajah Karnival Sukan Edisi Kedua

Entry wajah-wajah karnival sukan memasuki edisi kedua di mana gambar-gambar yang di paparkan merupakan gambar yang diambil sepanjang karnival sukan ini telah berlangsung. Edisi ketiga akan menyusul selepas tamat Grand Finale bagi acara futsal, badminton dan bola tampar. Sekian terima kasih.














| Manusia Berharap Terlalu Banyak, Tetapi Berbuat Terlalu Sedikit |

Perhatian! Grand Finale akan datang.

Perhatian! Tarikh Grand Finale untuk acara futsal, bola tampar dan badminton akan dilangsungkan 9/8 – 13/8 ini. Maka kepada semua peserta yang telah berjaya ke pusingan Grand Finale diharap dapat membuat persediaan dalam tarikh itu. Di sini akan dipaparkan sekali lagi nama-nama individu atau kumpulan yang telah berjaya ke pusingan Grand Finale bagi acara futsal, bola tampar dan badminton bagi kategori lelaki dan wanita. Diharap dapat diberikan perhatian dan kerjasama. Terima Kasih.

BADMINTON
BEREGU WANITA
Separuh akhir 1 – Suhana Sains VS TESL MARJON
Separuh akhir 2 – PK Sem 4 VS Yeen Siti

BEREGU LELAKI
Separuh akhir 1 – WANS VS BM 13
Separuh akhir 2 – Royal Terup VS Geng Pondoq

SINGLE LELAKI
Separuh akhir 1 – En Azizi VS Fitri
Separuh akhir 2 – En Khairul VS Sharimi


BOLA TAMPAR

LELAKI
The Neo Vs PISMP Sem 2
PK Sem 4 Vs Myway

WANITA
Suku Sembu Vs PJ/Bi/Bm Sem 2
Ebit & The Gang Vs Vouge

FUTSAL
LELAKI
PPISMP Bm3
Korpus Fc
PISMP Math Sem6
PPISMP Bm/Pj/Psv

WANITA
PISMP PJ Sem2
PPISMP Bm/Pj/Ks
PISMP Bm2 Sem2
PISMP Bm1 Sem2

| Setiap Orang Adalah Arkitek Kehidupannya Sendiri |

Wajah-Wajah Karnival Sukan Edisi Pertama

Entry kali ini adalah lebih istimewa kerana memaparkan wajah-wajah yang telah disnap secara sengaja dan juga secara sembunyi sama ada di kalangan penganjur, pemain dan juga penyokong. Wajah-wajah ini merupakan penyeri kepada karnival sukan yang dianjurkan dan memberikan seribu erti berdasarkan riak wajah yang dipamerkan. Wajah-wajah yang dipilih ini adalah berdasarkan riak wajah dan emosi yang ditunjukkan dengan istimewa sekali. Entry kali ini merupakan edisi pertama bagi segmen wajah-wajah dan edisi kedua akan menyusul kelak. Harap terhibur dengan entry kali ini. Sekian.















| Wajah Yang Gembira Adalah Udara Yang Sihat Bagi Orang Cacat |

Karnival Sukan – Bola Tampar (4th day)

Acara bola tampar bagi peringkat kumpulan telah melabuhkan tirainya dengan keputusan yang sangat sengit terutama pasukan lelaki bagi kumpulan B di mana keputusan untuk pasukan yang layak ke pusingan grand finale terpaksa ditentukan selepas perlawanan terakhir kumpulan. Sepanjang acara bola tampar ini berlangsung, tiada sebarang masalah besar yang timbul dan sokongan serta sambutan daripada penyokong dan pemain adalah sungguh menggalakkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga acara Grand Finale nanti akan lebih meriah. Ini keputusan penuh pasukan yang layak ke separuh akhir :-

Lelaki
The Neo Vs PISMP Sem 2
PK Sem 4 Vs Myway

Wanita
Suku Sembu Vs PJ/Bi/Bm Sem 2
Ebit & The Gang Vs Vouge





/

Karnival Sukan – Bola Tampar (3rd day)

Acara bola tampar diteruskan lagi dengan perlawanan yang hanya berlangsung dalam kategori lelaki pada sebelah pagi hari jumaat. Kategori wanita telah tamat perlawanan peringkat kumpulan dan keputusan kumpulan mana yang akan mara ke peringkat grand finale akan diumumkan pada entry yang akan datang. Walaupun pada pagi itu cuaca hangat, tetapi semangat kesukanan dikalangan pemain sangat tinggi hingga ada kumpulan yang sanggup beraksi untuk dua perlawanan sekaligus. Semangat ini sangatlah dibanggakan dan diharapkan dapat diteruskan lagi sehingga tamat karnival ini. Seperti biasa paparan gambar aksi-aksi pada hari ketiga bola tampar.












| Lidah Yang Diam Tidak Mencipta Musuh |

Karnival Sukan – Bola Tampar (2nd day)

Acara bola tampar diteruskan lagi memasuki hari kedua iaitu pada 16 julai 09. Kedua-dua kategori bagi wanita dan lelaki dipertandingkan pada petang itu dengan kerancakkan permainan semakin sengit. Sambutan tetap memberansangkan dengan sokongan-sokongan daripada penyokong kepada pasukan mereka. Di bawah disertakan antara paparan gambar aksi-aksi ketika pertandingan yang masuk hari kedua.












| Kehidupan Adalah Satu Tugas |