• Terima kasih kerana mengunjungi photoblog PJ ini. Photoblog ini merupakan hak milik PISMP PJ IPGM Kampus Kota Bharu di mana photoblog ini akan berfungsi sebagai platform untuk guru pelatih melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti yang dijalankan oleh PISMP PJ dan juga Jabatan PJK. Jika ada sebarang komen atau pendapat bolehlah disumbangkan di ruang yang telah disedia.
  • JADUAL GRAND FINALE KARNIVAL SUKAN 09

    Badminton 9.8.09 - 11.8.09 (final - 11.8.09)
  • Bola Tampar 10.8.09 ( Semi Final & Final )
  • Futsal 11.8.09 ( Semi Final & Final )
  • *sebarang perubahan akan dipinda berdasarkan keadaan.
  • Aktiviti Akan Datang.

    PISMP PJ SEM 4 - Bandung 2010
  • PPISMP PJ SEM3 - China 2010

Jabatan PJK

CARTA ORGANISASI

Ketua Jabatan : Encik Mohd Yazid Bin Deraman.
Pen. Ketua Jabatan : Miss Foo Ai Peng.
Setiausaha : Tuan Haji Aziz Bin Jaafar.
Bendahari : Tuan Haji Wan Zil Bin Wan Salleh.
Ketua Unit Pendidikan Jasmani : Miss Foo Ai Peng.
Ketua Unit Pendidikan Kesihatan : Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa.

Pensyarah Pendidikan Jasmani :
1. Tuan Haji Aziz Bin Jaafar.
2. Encik Wan Zamri Bin Wan Muhammad.
3. Encik Khairul Azman Bin Khairuddin.
4. Encik Noorlan Bin Zakaria.

Pensyarah Pendidikan Kesihatan :
1. Encik Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad.
2. Tuan Haji Wan Zil Bin Wan Salleh.
3. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria.
4. Encik Che Kamaruddin

OBJEKTIF

1. Melaksanakan Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Kursus Dalam Perkhidmatan, Program LPBS, PLPS dan J-Qaf bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2. Merangka dan melaksanakan Rancangan Kerja Pendidikan Jasmani yang terkini berasaskan keperluan Sukatan Pelajaran

3. Membantu, mewujudkan, menyempurnakan, melaksanakan, dan menghasilkan sistem kualiti, perkhidmatan dan mengusahakan penambahbaikan dalam peningkatan sistem kualiti organisasi jabatan dan dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

4. Memastikan penyertaan pencapaian maksimum dalam teori dan amali guru pelatih KPLI, PISMP dan PPRET dalam semua mata pelajaran yang diajar.

5. Mendidik dan melatih guru pelatih dalam memperolehi konsep, prinsip, kemahiran asas dan sikap yang membolehkan mereka menjadi guru terlatih yang bersifat profesional.

6. Menyediakan kemudahan Jabatan yang berkualiti dan mencukupi dan memastikan penggunaan dengan maksimum untuk faedah guru pelatih.

7. Memberi peluang untuk perkembangan sosial di kalangan guru pelatih.

Mendidik guru-guru pelatih supaya dapat :

– Menentukan strategi-strategi pengajaran pembelajaran berdasarkan prinsip pertumbuhan kecerdasan kanak-kanak dan teori pembelajaran.

– Menjalankan penilaian untuk menentukan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

– Menghayati saling perkaitan antara teori dan praktikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

– Menentukan kebajikan pelatih dalam aspek pentadbiran dan pengurusan jabatan.

– Perkembangkan ilmu dan kepakaran pedagogi PJK dalam dan luar institut.

– Membantu maktab atau agensi luar dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani, program sukan dan olahraga

PIAGAM PELANGGAN

KAMI PERCAYA BAHAWA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN HARUS DIPELAJARI BERTERUSAN DAN DIAMALKAN SETIAP MASA DI INSTITUT. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB, GIGIH, ILTIZAM DAN DENGAN CEMERLANG BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

5.1 Menyempurnakan Kurikulum Kursus 2 minggu sebelum peperiksaan.
5.2 Menggunakan dua minggu untuk mengulangkaji dan menyediakan diri guru pelatih untuk menghadapi peperiksaan
5.3 Memulakan kuliah pada hari pertama kuliah setiap permulaan semester.
5.4 Membimbing guru pelatih untuk mencapai kecermelangan dan tanpa gagal dalam setiap peperiksaan semester.
5.5 Membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK.
5.6 Menyediakan perancangan jabatan untuk semua pelanggan kami (PISMP, KPLI, j-QAF) dalam semua mata pelajaran yang diajar sebelum tarikh kemasukan ke IPKB;
5.7 Menguruskan guru pelatih dalam masa latihan, kursus dan aktiviti berpasukan dalam tempoh yang dilaksanakan selaras dengan arahan BPG dan kurikulum sukatan pelajaran PJ;
5.8 Mengurus dan mengendalikan kursus, ujian, kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan dalam takwim jabatan;
5.9 Menasihat, memberi kaunseling dan mengeluarkan surat amaran sekiranya pelanggan tidak akur kepada arahan yang diberi;
5.10 Memanggil, menasihat dan menunjukajar kepada pelanggan yang memerlukan bimbingan dan nasihat ke arah penambahbaikan setiap subjek yang dikehendaki;
5.11 Menyemak, memeriksa dan menyerahkan keputusan kepada Ketua Unit Peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan
5.12 Menyediakan kemudahan mencukupi dan berkualiti dan memastikan penggunaan maksimum oleh guru pelati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: